Friday, August 13, 2010

Epilog mampukah hati ini tersenyum...

Assalamualaikum & salam sejahtera

mesty kownk pelik kan...pe ar ak post kali nie...kali nie ak post kn novel pendek hasil idea ak ngan adk ak.. tp x taw ar best ke x..(yela ownk yg ske bce novel..bley ke hasilkan novel)..so kownk komen ar pape yg ptt...maklum ar...nie first time ak ngan adk ak wat novel pendek nie....hahaha..


"Setiap orang mempunyai masa silam yang menyakitkan. Mungkinkah ada hikmah di sebaliknya??Kematangan yang aku perolehi hari ini adalah hasil dari masa silam itu. Rahsia ini Biarlah aku simpan hingga ajal menjemputku. Tidak sanggup aku menyatakannya walaupun mengingatinya kerana hatiku pasti terguris lagi. Bukan mudah untuk aku harungi semua ini. YA ALLAH...mampukah hati ini bertahan dari perasaan benci dan ketidakpercayaan terhadap lelaki. Mampukah hati ini kembali seperti dahulu...penuh dengan kasih sayang?? Mampukah wajah ini tersenyum seperti dahulu?? Ingin aku bertanya tapi pada siapa??Hanya ALLAH yang mengerti segalanya...."

Diari itu aku tutup dan aku simpan di dalam laci bersebelahan katilk. Diari itu amat bermakna dalam hidupku. Disitulah tersimpan perasaan hatiku yang sebenarnya. Kesedihan dan kebahagiaan ku tulis di dalamnya. 'Dialah' yang menjadi pendamping hidupku selama ini. Di dalamnya aku tulis semua kekesalanku dan kebahagianku.

Peristiwa ini telah lama berlaku. Ketika itu umur aku baru sahaja mencecah 13 tahun. Di saat itu, aku percaya lelaki adalah orang yang boleh dipercayai. Malahan boleh juga dianggap sebagai pelindung. Kadangkala aku teringin memiliki seorang abang dalam hidupku. Seorang abang yang boleh melindungiku dari segala bahaya di dunia ini. Malangnya hasrat itu meragut senyuman di wajahku dan menodai hati suciku yang mendambakan kasih sayang seorang lelaki bergelar 'abang'.

Sejak itulah hati ini bagaikan beku tidak bernyawa. Mampukah hati ini bernyawa seperti dahulu? MAsihkah wujud lelaki yang menjadi idamanku dahulu?

Kini aku sudah berumur 20 tahun tetapi peristiwa itu masih bermain-main di fikiranku. Mungkin ia selamanya akan menghantui seluruh hidupku.

nantikan sambungan nye.....

2 comments:

  1. cepat2 sambung... hehheehh... xsabar nk bace agy... lalalalalla....

    ReplyDelete
  2. ayu; so t smbungn nye cm ne?? smbung gne tali ea.... nk gune iktan pe... iktan buku sila @ iktn manuk hahaha

    ReplyDelete