Assalammualaikum...
Dh agak lame jugak ak x update news baru kat blog ak nie....2 ar ble ownk wat blog...ko pown t"hegeh2 gak nk wat blog.....nasib ko ar ayu....huhu..sepanjang ak x mengupdatekn diri ngn blog...mcm2 b'laku...kengkdg ak pk lucu lak pe yg b'laku....mcm2 riaksi yg mncul......tension, bengang, penat, mcm2 ag ar.....huhuhu....dh ar dr ak membebel yg tah pape bek ak post something info yg b'gune....de gak faedahnye kn....
Kringgg....!!Dengan rakus aku tutup bunyi yang mengganggu mimpiku.
"Ya Allah..anak dara ni, belum bangun tidur lagi? Hei! Farisha tak retu-reti nak bangun ke?" ujar Puan Saodah dengan lantang.
"Apa mak ni..Isha nak tidurlah,"ujar Farisha sambil menggosok matanya yang masih mengantuk.
"Farisha..bukan ke hari ni kau nak pergi temuduga?"ujar Insyirah yang ketika itu sedang melalui bilik adiknya. Farisha yang terlihat kakaknya itu berkata, "Bila masanya kau sibuk dengan hal aku ni hah? Sebelum ni tak pernah pun kau tanya aku?"
"Farisha..aku kan kakak kau. Walaubagaimanapun akan akan still jadi kakak kau. Kalau aku tak tanya tak bermakna aku tak kisah langsung pasal kau. Buktinya aku tahu kau nak pergi temuduga hari ini. Betul tak?" kata Insyirah dengan nada memujuk.
"Hei...korang berdua ni kalau tak bergaduh tak sah. Berjumpa je mesti gaduh," ujar Puan Saodah yang dari tadi hanya mendiamkan diri melihat pertengkaran di antara kedua-dua anaknya.
"Ala...ibu ni..Isha bergurau je la. Tak kan tak boleh kut. Kakak ni..semalam janji naj bawa pergi tengok wayang tapi dia pula sibuk memanjang," ujar Farisha sambil memuncungkan bibirnya.
"Ala..sorry la. Kakak kan dah minta maaf," kata Insyirah. "Mana boleh minta maaf je...kene ada denda,"kata Farisha sambil tersenyum nakal. "Kakak kene belanja Isha makan tengahari ni, boleh?"ujar Farisha lagi.
"Ok...no problem. Tapi sekarang Isha kene mandi sebab nanti...Tuan pengurus temuduga tu terpaksa tutup hidung, "kata Insyirah sambil mencampakkan tuala Farisha ke mukanya.
"Oh...nak kata orang busuklah ni. Mentang-mentang dia dah mandi, "kata Farisha sambil menapakkan kakinya menuju ke bilik air.
"Sudah-sudahlah tu...korang ni..pagi-pagi lagi dah buat bising," ujar Puan Saodah sambil keluar dari bilik anaknya.
"Kak tak reti nak keluar dari bilik orang ke? isha nak bersiap ni,".
Dengan keadaan yang terpaksa Insyirah pun keluar dan menuju ke ruang makan untuk bersarapan. Sejurus kemudian, Farisha pun keluar dari dalam biliknya. Farisha pun terus menapai senduk dan makan dalam keadaan yang tergesa-gesa.
"Itulah..orang suruh tidur awal tak nak. Kan sekarang dah lambat," kata Puan Saodah kepada Farisha.
"Ala..Ibu ni...malam tadi ada cerita best ... mana boleh tak tengok. Lagipun mana orang tahu cerita tu lambat habis,"kata Farisha.
"Ala bu..dia ni..ada cerita best ke tak, mesti dia tengok punya. Cerita dia tak faham pun dia tengok juga," kata Insyirah sambil menjeling ke arah adiknya.
"Ibu tengok kakak ni..nak cari gaduh pila," kata Farisha sambil memegang tangan ibunya. "Oklah..Syira nak pergi dah ni. Bye...assalamualaikum,"ujar Insyirah sambil menggamit tangan adiknya. Farisha yang terkejut dengan tindakan kakaknya sekadar ketawa kerana dia tahu yang kakaknya pasti hendak mengelak dari menjawab pertanyaan ibunya.
Setibanya di tempat temuduga, Farisha terus ke kaunter pertanyaan menanyakan tentang jawatan kosong yang dibacanya dari suratkhabar. Farisha diarahkan pergi ke tingkat lima dan berjumpa dengan pengurus yang menguruskan jawatan itu iaitu Encik Farish.
No comments:
Post a Comment